Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail

Sasaran tingkatkan populasi ternakan ruminan negara menjelang 2030

ByZhahrulniza

KUCHING, 14 Nov: Kementerian Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah menetapkan matlamat untuk meningkatkan kadar sara diri bagi daging lembu, kerbau, kambing, dan bebiri dari 15% kepada 25% pada tahun 2030.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, untuk mencapai sasaran ini populasi ternakan ruminan perlu meningkat hingga 158,750 ekor menjelang 2030 merangkumi 60,000 ekor lembu, 20,000 ekor kerbau dan 78,750 ekor kambing serta bebiri.

“Populasi ternakan ruminan pada tahun ini mencecah 35,000 ekor, meningkat berbanding 32,000 ekor tahun lalu. Peningkatan ini memberikan motivasi kepada kami untuk mempergiat usaha membangunkan industri ternakan ruminan melalui galakan kepada pihak swasta untuk melibatkan diri dalam penternakan komersial dan moden,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh mengenai perancangan kerajaan dalam pembangunan ternakan ruminan di Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Tambah Abdul Rahman, sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan industri ternakan ruminan bagi merealisasikan matlamat PCDS 2030.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan