Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail AFP

PM Anwar akan hadiri Sidang Kemuncak CEO APEC, bertemu pegawai kanan Google

ByBernama

LIMA (Peru), 14 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini pada Khamis sebagai sebahagian daripada penglibatan beliau pada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW).

Beliau akan menjadi ahli panel dalam sesi bertajuk “Peluang dan Cabaran dalam Revolusi Kecerdasan Buatan (AI)” bersama Naib Presiden Data & AI Microsoft, Zia Mansoor, Ketua Pegawai Eksekutif Vobile, Yangbin Wang dan Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan & Dasar Awam Google, Karan Bhatia.

Turut menyertai sesi tersebut yang akan berlangsung di Grand National Theatre of Peru ialah ahli Majlis Perniagaan APEC (ABAC) Kanada, Jan De Silva.

Sesi tersebut akan membincangkan mengenai potensi transformasi AI dalam memacu pertumbuhan ekonomi sambil menangani keperluan kritikal bagi tadbir urus.

Selain itu, Anwar, yang juga menteri kewangan akan mengadakan sesi pertemuan bersemuka dengan Karan Bhatia serta bertemu dengan Persatuan Islam Peru.

Jadual Anwar pada hari ini akan berakhir dengan penyertaan dalam dialog ekonomi peringkat tinggi ABAC bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto, yang menghadiri forum APEC buat pertama kali selepas memegang tampuk pentadbiran.

Malaysia adalah salah satu daripada 12 ekonomi pengasas APEC.

APEC adalah forum antara kerajaan bagi 21 negara anggota di Lingkaran Pasifik yang menggalakkan perdagangan bebas di seluruh rantau Asia-Pasifik. Ia mewakili hampir 40 peratus daripada populasi dunia, hampir separuh daripada perdagangan global dan lebih 60 peratus daripada ekonomi global. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan