Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(Dari kiri) Mohammad Morni Sabehi, Muhammad Hafiz Masdi dan Moss Kucing. Foto TVS

Penyokong yakin Harimau Malaya akan benam Laos malam ini

KUCHING, 13 Nov: Skuad Harimau Malaya dijangka mampu menewaskan Laos dengan keputusan 2-0 pada aksi persahabatan Tier 1 yang akan berlangsung di Stadium PAT, Bangkok, malam ini.

Meskipun tewas 0-4 kepada New Zealand dalam perlawanan persahabatan di Stadium North Harbour, New Zealand bulan lalu, peminat bola sepak tanah air tetap optimis bahawa Harimau Malaya akan bangkit menentang Laos yang turut dikenali dengan gelaran ‘Million Elephants’.

Seorang penyokong setia, Mohammad Morni Sabehi, 51, menyatakan keyakinannya berdasarkan rekod lima pertemuan sebelum ini yang memihak kepada Malaysia, tanpa sebarang kekalahan.

“Harimau Malaya pernah bertemu Laos lima kali sebelum ini dan mencatatkan lima kemenangan. Saya percaya kita mampu sasarkan kemenangan lagi malam ini,” ujar beliau.

Morni turut mengulas kekalahan skuad kebangsaan kepada New Zealand pada perlawanan persahabatan yang lalu, tetapi yakin Harimau Malaya akan bangkit untuk mencatatkan kemenangan 2-0.

Sementara itu, Pegawai Pemasaran, Muhammad Hafiz Masdi, 27, berkata kemenangan Harimau Malaya malam ini bergantung kepada pengukuhan bahagian pertahanan, selain sokongan pemain import dari Sri Pahang FC, Sergio Aguero.

“Berdasarkan pemerhatian saya, bahagian pertahanan dan serangan Malaysia agak tumpul pada perlawanan sebelum ini. Namun, kehadiran pemain import seperti Aguero dijangka memberikan impak besar pada bahagian serangan. Jika bahagian pertahanan diperkemaskan, saya yakin kita akan menang sekurang-kurangnya dengan gol 2-0,” kata Hafiz.

Dalam pada itu, seorang pesara, Moss Kucing, 64, meluahkan rasa terima kasih kepada TVS yang menyiarkan perlawanan persahabatan tersebut secara langsung.

“Terima kasih kepada TVS kerana menyiarkan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Laos malam ini. Kami sentiasa mengharapkan kemenangan untuk Harimau Malaya,” katanya.

Sebagai informasi, perlawanan persahabatan ini dijangka menjadi titik penting untuk Harimau Malaya dalam mempersiapkan diri menghadapi cabaran lebih besar di pentas antarabangsa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan