Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu

Pembangunan infrastruktur sukan di Kapit berjalan lancar

ByZhahrulniza

KUCHING, 14 Nov: Pembangunan infrastruktur sukan di Kapit berjalan lancar dengan penyusunan dokumen tender bagi Stadium Tertutup Kapit kini di peringkat akhir.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kerja penyelenggaraan dijangka bermula Januari 2025 dengan tempoh siap selama lapan bulan.

“Manakala proses tender bagi projek kolam renang Kapit pula masih berlangsung dan akan ditutup pada 20 November ini. Kerja penyelenggaraan kolam renang dijadualkan bermula Disember ini dan akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang mengenai perkembangan baik pulih stadium tertutup dan kolam renang Kapit pada Persidangan Dewan Undanan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan mengenai inisiatif pembangunan belia, Gerald berkata, kementeriannya komited membangunkan belia melalui strategi khas berdasarkan teras 7K iaitu kepimpinan, kesukanan, keusahawanan, kreativiti, kebudayaan, kesukarelawan dan kerohanian.

“Program seperti Youth Got Skills, Youth Entrepreneur Setup (YES), Program Futurizing Youth: AI Initiative, Sarawak X-Tive, MYSED Go Rural, Program Integrasi Belia Sarawak, MYSED Go University turut dilancarkan untuk membangunkan bakat dan kemahiran belia Sarawak,” ujarnya.

Menurutnya, kementeriannya juga bersedia untuk bekerjasama dengan wakil rakyat bagi memastikan program dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya pada masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan