Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu treler muatan kontena yang menyebabkan kematian seorang pemandu wanita dan mencederakan pemandu lelaki di Jalan Kebun Sireh semalam direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Foto TVS

Pemandu treler hempap pemandu wanita direman

BUKIT MERTAJAM, 14 Nov: Pemandu treler muatan kontena yang terbalik sehingga menghempap dua kereta dan menyebabkan kematian seorang pemandu wanita di Jalan Kebun Sireh di sini semalam direman selama empat hari.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan bermula hari ini sehingga 17 November depan bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah sambil diiringi oleh anggota polis kira-kira pukul 8.20 pagi hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang pemandu wanita berusia 21 tahun maut, manakala pemandu lelaki berusia 25 tahun cedera selepas kereta mereka dihempap sebuah kontena yang terbalik di simpang tiga lampu isyarat Jalan Bukit Tengah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila treler mahu membelok ke kiri ke Jalan Kebun Sireh sebelum hilang kawalan dan terbalik.

Pemandu treler yang negatif ujian urin dan alkohol tersebut kemudiannya ditahan polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan