Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja kuari maut dihempap batu di sebuah kuari di Manjung dekat Lumut semalam. Foto JKKP Perak

Pekerja kuari maut dihempap batu di Manjung

ByBernama

IPOH, 14 Nov: Seorang pekerja kuari maut dihempap batu di sebuah kuari di Manjung dekat Lumut semalam.

Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lelaki warga tempatan berusia 35 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden pada 4.45 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai operator mesin korek jenis crawler. Semasa kejadian, mangsa sedang mengendalikan mesin korek manakala rakan sekerja mangsa mengendalikan jengkaut.

“Mangsa telah dihempap batu kuari yang jatuh dari cerun bersebelahan tempat mangsa bekerja,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja di kawasan kejadian di kuari berkenaan telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.

JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan