Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Israel melanjutkan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 dan telah meragut lebih 43,700 nyawa selain menyebabkan wilayah itu hampir tidak dapat didiami. Foto fail AFP

Masa untuk tamatkan perang di Gaza – Setiausaha Negara AS

ByBernama

ATHENS, 14 Nov: “Sudah tiba masanya untuk mengakhiri perang” di Gaza, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

“Daripada 15 langkah yang kami minta untuk tindakan segera, Israel telah bertindak dengan melaksanakan atau sedang dalam proses melaksanakan 12 daripada 15 langkah itu,” kata Blinken, merujuk kepada surat beliau dan Setiausaha Pertahanan Lloyd J. Austin kirimkan kepada rakan sejawat mereka di Israel sebulan lalu, yang menggesa Israel mengambil tindakan bagi menangani krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.

Blinken berkata, masih ada tiga isu utama yang perlu ditangani oleh Israel – membenarkan penduduk awam kembali ke wilayah itu, memulihkan perkhidmatan pengangkutan komersial dan melanjutkan jeda di Gaza untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk yang memerlukan.

“Dan sekali lagi, semua ini perlu dilaksanakan sepenuhnya dan perlu dikekalkan.

“Walaupun dengan semua langkah ini, keadaan masih begitu sukar dan dramatik sehingga untuk memulihkan sepenuhnya keadaan dan memenuhi keperluan rakyat, cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan menamatkan perang,” kata Blinken.

Blinken juga berkata pelan jelas harus diwujudkan bagi membolehkan Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir wilayah itu.

“Tetapi selain mengakhiri perang, yang kami percaya sudah tiba masa untuk melaksanakannya, kami perlu melihat langkah-langkah kemanusiaan ini dilaksanakan sepenuhnya dan dikekalkan, terutamanya berkaitan tempoh jeda yang lebih panjang,” katanya.

Israel melanjutkan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023.

Serangan itu telah meragut nyawa lebih 43,700 dan menyebabkan wilayah itu hampir tidak dapat didiami. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan