Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra itu ialah susulan perjumpaan pertama kedua-dua pemimpin berkenaan di luar Minggu Pemimpin Ekonomi APEC di San Francisco, Amerika Syarikat pada November 2023. Foto Bernama

Malaysia tawar dua biasiswa kepada pelajar Peru

ByBernama

LIMA (Peru), 14 Nov: Malaysia menawarkan dua biasiswa kepada pelajar Peru untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tahun depan.

Dalam kenyataan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra, kedua-dua pemimpin mengiktiraf kepentingan untuk mengukuhkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan latihan.

“Perkara ini termasuk menerusi pertukaran biasiswa, pengikitarafan kelayakan, perkongsian pakar dan bertukar-tukar pengetahuan dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama,” kata dua pemimpin berkenaan pada Rabu.

Awal Rabu, Anwar dan Dina Ercilia mengadakan pertemuan dua hala di Istana Kerajaan di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas penghormatan dianugerahkan Order of the Sun of Peru atau “El Sol del Peru”, darjah “Grand Cross” oleh Presiden Peru.

Pertemuan dengan Dina Ercilia itu ialah susulan perjumpaan pertama kedua-dua pemimpin berkenaan di luar Minggu Pemimpin Ekonomi APEC di San Francisco, Amerika Syarikat pada November 2023.

Anwar tiba di sini pada 12 Nov, menandakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke negara Amerika Latin itu sejak menyandang jawatan berkenaan pada 2022.

Lawatan Perdana Menteri ke Peru, termasuk penyertaan beliau dalam Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 dari 14 hingga 16 Nov, dijangka memperkukuh hubungan dua hala antara dua negara.

Peru, sebuah negara di barat Amerika Selatan, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara dan Brazil di timur.

Lima, ibu negara Peru dengan populasi 11.36 juta, menjadi tuan rumah mesyuarat APEC buat kali ketiga selepas 2008 dan 2016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan