Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan AFP

Lelaki didakwa atas cubaan seludup 252 kg “Kokain merah jambu” ke Australia

ByBernama

SYDNEY, 14 Nov: Seorang lelaki didakwa selepas cuba menyeludup 252 kilogram koktel dadah (campuran dadah terlarang) yang berbahaya ke Australia, menurut Polis Persekutuan Australia (AFP) pada Khamis, lapor agensi berita Jerman dpa.

Bahan yang dirampas itu, dikenali sebagai “kokain merah jambu” atau “tusi,” merupakan campuran ketamin, MDMA dan bahan cemar lain, yang biasanya mengandungi sedikit atau tiada langsung kokain, kata pihak polis.

AFP melancarkan siasatan pada Oktober selepas menemui dadah itu dalam penghantaran kargo udara yang dilabel sebagai mengandungi gergaji industri dan ditujukan ke sebuah kawasan pinggir bandar di barat Sydney.

Susulan itu, AFP menganjurkan operasi penghantaran terkawal pada awal November. Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan oleh penyiasat AFP tidak lama kemudian.

Lelaki itu didakwa kerana cuba memiliki kuantiti komersial dadah terkawal yang diimport secara haram, satu kesalahan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup, kata pihak polis.

Dia telah dihadapkan ke mahkamah minggu lepas, yang permohonan jaminannya secara rasmi ditolak. Kesnya akan disebut semula pada Januari.

Pemangku Superintenden AFP Stuart Millen menyatakan kebimbangan terhadap jumlah besar rampasan itu, sambil memberi amaran tentang risiko besar yang ditimbulkan oleh “kokain merah jambu” kepada pengguna.

“Kokain merah jambu” terdiri daripada koktel dadah terlarang yang tidak menentu, bermakna sesiapa yang mengambil dadah itu tidak tahu apa yang dimasukkan ke dalam tubuh mereka. Walaupun namanya, ia jarang mengandungi kokain,” kata Millen.

“Bahaya pengambilan semua jenis dadah terlarang boleh menjadi serius, termasuk penagih boleh mengalami keadaan tidak sedarkan diri, serangan angin ahmar, serangan jantung malah kematian. Mengambil koktail dadah terlarang meningkatkan risiko itu dengan ketara.

“Menjenamakan campuran dadah berbahaya ini sebagai ‘kokain merah jambu’ adalah taktik yang direka oleh sindiket dadah untuk memaksimumkan keuntungan dengan mengorbankan kesihatan dan kesejahteraan pengguna,” tambah Millen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan