Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara Tarik Tali Antarabangsa menawarkan wang tunai RM79,000 untuk dimenangi. Foto TVS

Kejohanan tarik tali tawar hadiah keseluruhan RM79,000

LIMBANG, 14 Nov: Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM79,000 menarik penyertaan 50 pasukan dari Sarawak, Sabah, Brunei, Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung Malaysia.

Walikota Majlis Daerah Lundu (MDL) Sufian Mohat berkata, kejohanan yang berlangsung dari 21 hingga 24 November itu menyaksikan juara bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan Piala Premier Sarawak.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan kehadiran 20,000 pengunjung tempatan dan luar untuk menyaksikan kejohanan edisi ke-15 itu di Kompleks Sukan Limbang.

“Penyertaan kali ini sangat membanggakan kerana mencapai sasaran untuk menarik sebanyak 50 pasukan dan jumlah keseluruhan wang tunai yang akan direbut kali ini sebanyak RM79,000.

“Johan bagi kategori terbuka lelaki akan membawa pulang wang tunai RM20,000,” katanya yang juga Presiden Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang (PTTBL) kepada media di sini, hari ini.

Sufian berkata, kejohanan tersebut sebelum ini dikenali sebagai Kejohanan Tarik Tali Terbuka Limbang, Kejohanan Tarik Tali SeBorneo dan Kejohanan Tarik Tali Kebangsaan.

Tambahnya, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Tengah Ali Hasan dijangka merasmikan kejohanan tersebut.

“Kejohanan ini mampu mempromosikan Limbang sebagai destinasi dan kuasa utama tarik tali bukan sahaja di Sarawak malah di peringkat kebangsaan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan