Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku di sini bermula Isnin lepas. Foto TVS

JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu

ByBernama

LAHAD DATU, 14 Nov: Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku di sini bermula Isnin lepas.

Pegawainya Hairulnizam Hasnan @ Magiol berkata JHL menerima aduan daripada pihak ladang berhubung kehadiran buaya tersebut dan khuatir akan keselamatan pekerja mereka.

“Operasi tiga hari ini dijalankan bagi memastikan keselamatan pekerja ladang dan kaedah pancing buaya digunakan untuk menangkap haiwan itu.

“Kami (JHL) memasang pancing buaya di sekitar sungai serta pantai dan kemudian menunggu panggilan pihak ladang sekiranya terdapat buaya memakan umpan pancing tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata susulan operasi itu empat buaya berjaya ditangkap sebelum ditembak mati dan bangkainya ditanam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan