Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Jepak Iskandar Turkee. Foto TVS

Iskandar Turkee cadang bina R&R di Kuala Tatau

ByRegina Lee

KUCHING, 14 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee mencadangkan pembinaan pusat hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuala Tatau bagi laluan jalan raya persisir dari Bintulu ke Balingian.

Beliau berkata, ia bagi memperkasa usahawan wanita di luar bandar terutama di Kuala Tatau dan kawasan sekitar.

Menurutnya, inisiatif tersebut secara tidak langsung membantu wanita dalam menambah pendapatan isi rumah mereka.

Jelasnya, inisiatif Kerajaan Sarawak itu bertujuan melengkapkan wanita dan kumpulan rentan dengan pengetahuan serta kemahiran keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah mereka.

“Pusat ini menyediakan ruang niaga bersesuaian dengan produk tempatan seperti hasil perikanan,pertanian dan kraf tangan sekali gus meningkatkan pendapatan masyarakat setempat,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Sementara itu menurutnya, Kampung Kuala Segan memerlukan jeti nelayan sungai bagi memberi keselesaan dan meningkatkan keselamatan nelayan.

“Ini kerana Kampung Kuala Segan terkenal dengan udang galah dan ikan selain merupakan destinasi utama kaki pancing untuk menelusuri Batang Kemena.

“Dengan adanya jeti ini yang lengkap dari aspek keselamatan dan tempat menyimpan bot nelayakan, pelancong tempatan serta asing sudah pasti datang ke Kampung Kuala Segan untuk memancing dan menelusuri sungai sambil menikmati pemandangan indah serta hutan paya bakau di sepanjang sungai,” ujarnya.

Tambahnya, pembinaan jeti tersebut juga dapat meningkatkan pendapatan nelayan dan penduduk Kampung Segan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan