Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

India import 359,000 tan minyak sawit dari Malaysia pada Oktober

ByBernama

NEW DELHI, 14 Nov: India mengimport 359,000 tan minyak sawit dari Malaysia bulan lepas dengan pembelian minyak sawit Malaysia untuk tempoh 12 bulan berakhir 31 Oktober berjumlah lebih 3.2 juta tan.

Import minyak sayuran India dari Malaysia pada Oktober terdiri daripada 318,015 tan minyak sawit mentah (MSM), 29,496 tan minyak sawit ditapis dan 11,497 tan minyak isirung sawit mentah (CPKO), menurut angka yang dikeluarkan oleh kumpulan industri Solvent Extractors’ Association of India (SEA).

Import keseluruhan minyak sayuran India dalam tempoh 12 bulan dari November hingga Oktober turun tiga peratus kepada 15.96 juta tan metrik disebabkan peningkatan pengeluaran minyak bijirin domestik dan harga minyak makan yang lebih tinggi.

Pada September tahun ini, kerajaan India menaikkan cukai import ke atas minyak makan sebanyak 22 peratus untuk menyokong sektor pertanian tempatan.

Berdasarkan kepada anggaran industri, permintaan tahunan untuk minyak makan di India adalah kira-kira 25-26 juta tan dan meningkat tiga peratus hingga empat peratus setiap tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan