Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha menyampaikan sijil pada Majlis Penyampaian Sijil Professionalisme Imam Sarawak (SPIS) Dan Sijil Professionalisme Pengurusan Masjid Sarawak (SPPMS) Kali Kelima Tahun 2024 di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Iktiraf SPPMS setaraf diploma

KUCHING, 14 Nov: Majlis Islam Sarawak (MIS) berharap Sijil Profesionalisme Pengurusan Masjid Sarawak (SPPMS) diiktiraf setaraf diploma sebagai usaha memastikan pengurusan masjid di Sarawak berjalan lancar.

Yang Dipertua MIS Datu Misnu Taha berkata, beliau akan berunding dengan Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS) untuk memastikan ia dapat direalisasikan kerana melibatkan aspek seperti pengurusan, kandungan dan pensijilan.

Menurutnya, pelajar berpotensi untuk Sijil Profesional Imam Sarawak (SPIS) akan dibawa melawat ke Indonesia manakala pelajar SPPMS mengunjungi masjid di Singapura bagi tujuan lawatan sambil belajar.

“Penyertaan mereka amat menggalakkan, sebab itu insya-Allah kita berusaha supaya sijil ini diiktiraf setaraf diploma. Ini usaha kita dan saya akan berunding dengan IKMAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Sijil Professionalisme Imam Sarawak (SPIS) dan Sijil Professionalisme Pengurusan Masjid Sarawak (SPPMS) Kelima Tahun 2024 di Kuching pada Khamis.

Sijil Profesionalisme Imam Sarawak (SPIS) dan Sijil Profesionalisme Pengurusan Masjid Sarawak (SPPMS) adalah satu langkah bersama Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) bagi meningkatkan tahap profesionalisme imam dan ahli jawatankuasa masjid dan surau di Sarawak.

Seramai 41 imam lantikan Majlis Islam Sarawak di bawah Skim Baharu Perkhidmatan Pegawai Masjid menerima sijil.

Manakala 50 orang ahli jawatankuasa pengurusan masjid dan surau turut menerima sijil.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan