Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Budaya inovasi yang berkembang pesat dalam perkhidmatan awam Sarawak sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila empat pasukan Innovative and Creative Circle (ICC) berjaya membawa pulang Gold Awards di International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2024.

ICQCC 2024: Empat agensi perkhidmatan awam Sarawak raih anugerah emas di Sri Lanka

ByConnie Grace

KUCHING, 14 NOV: Budaya inovasi yang berkembang pesat dalam perkhidmatan awam Sarawak sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila empat pasukan Innovative and Creative Circle (ICC) berjaya membawa pulang Gold Awards di International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2024.

Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) Jabatan Premier Sarawak menerusi satu kenyataan berkata, acara berprestij yang berlangsung pada 11 hingga 14 November 2024 di Colombo, Sri Lanka itu menyaksikan 594 pasukan dari 15 negara bersaing, menonjolkan Sarawak sebagai peneraju inovasi perkhidmatan awam.

“Budaya inovasi yang diterapkan melalui program seperti Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) telah mengasah keupayaan pasukan-pasukan ini dalam menghasilkan penyelesaian yang kreatif dan berkualiti tinggi.

“Pemenang Gold Awards melibatkan TECHSKAP dari Lembaga Kemajuan Bintulu, Lands Tahai Q dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang, IPOK dari Pejabat Residen Mukah serta EAGLE dari Majlis Perbandaran Sibu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pasukan-pasukan ini berjaya menunjukkan keupayaan untuk berinovasi dalam persekitaran perkhidmatan awam, memperlihatkan bagaimana budaya inovasi bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan tetapi juga memberi kesan positif kepada rakyat.

Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak, Superi Awang Said, menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti kepada kesungguhan Sarawak untuk terus memupuk budaya inovasi dalam sektor awam.

“Budaya inovasi bukan sekadar meningkatkan kecekapan, tetapi membina asas untuk perubahan berterusan dalam perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

ICQCC 2024 telah menjadi bukti kejayaan strategi inovasi Sarawak yang fokus pada peningkatan kualiti dan kecemerlangan.

Sarawak kini berdiri sebagai contoh bahawa budaya inovasi yang berdaya saing dapat mengubah wajah sektor awam, menjadikan ia lebih proaktif dan responsif terhadap cabaran global. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan