Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan mengedar imej serta video yang memaparkan penyeksaan monyet yang dirakam di Indonesia. Foto hiasan Envato

Dua wanita Britain dipenjara terlibat dalam rangkaian penyeksaan monyet global

ByBernama

LONDON, 14 Nov: Dua wanita Britain Adriana Orme dan Holly LeGresley dijatuhi hukuman penjara di United Kingdom atas penglibatan mereka dalam rangkaian penyeksaan monyet global yang digambarkan sebagai “keji dan sadis,” lapor PA Media/dpa.

Kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan mengedar imej serta video yang memaparkan penyeksaan monyet yang dirakam di Indonesia.

Mahkamah Worcester Crown di barat England diberitahu bahawa Orme dan LeGresley kerap menghantar mesej dalam talian yang memperlekehkan dan menyokong perbuatan kejam itu.

Hakim James Burbidge menyifatkan tindakan mereka sebagai “terkutuk, menjijikkan dan zalim.”

Mereka ditahan selepas siasatan selama setahun oleh polis dan BBC yang dibantu kumpulan pemuliharaan alam sekitar berpangkalan di UK, Action for Primates.

LeGresley, 37, bertindak sebagai pengendali arkib kumpulan “pembenci monyet,” mengaku memuat naik 22 imej dan 132 video penyeksaan ke dalam kumpulan sembang dalam talian antara 25 Mac dan 8 Mei 2022.

Dia juga membuat pembayaran ke akaun PayPal bagi mendorong tindakan kejam pada 25 April 2022. LeGresley dihukum penjara selama dua tahun.

Orme, 56, yang merupakan ibu kepada tiga anak mengaku bersalah pada Ogos lalu kerana memuat naik satu imej dan 26 video penyeksaan antara 14 April dan 16 Jun 2022, serta mendorong penyeksaan dengan membuat pembayaran ke akaun PayPal pada 26 April 2022.

Dia dipenjara selama 15 bulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan