Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenyataan Sulu yang mereka boleh memajak Sabah negara asing merupakan tindakan tidak bertanggungjawab, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto hiasan, Envanto.

Dewan Rakyat: Sulu menipu kononnya mereka berhak pajak Sabah kepada negara asing

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Kenyataan peguam Sulu yang mereka boleh memajak Sabah kepada China dan Filipina merupakan tindakan tidak bertanggungjawab, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kementerian itu senada dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang – Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa kenyataan itu tidak berasas.

Kata beliau pihak berkenaan juga sebenarnya menipu apabila mendakwa mereka mampu berbuat demikian.

“Keputusan Mahkamah Agung Perancis (dalam kes tuntutan) Sulu yang memihak kepada kita membuktikan Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat serta berintegriti dan menjadi keutamaan kerajaan untuk memeliha dan mempertahankan Wilayah Sabah tanpa kompromi,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Siti Aminah Aching (Barisan Nasional – Beaufort) yang ingin tahu sama ada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan risikan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang dibimbangi menjadi tali barut kepada kumpulan Sulu.

Mengulas mengenai langkah keselamatan yang diambil, Shamsul Anuar berkata kerajaan menerusi pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengkoordinasi operasi di Pantai Timur Sabah.

Katanya operasi berkenaan bagi mengekang gelombang kedua ancaman yang didalangi oleh pencerobah kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka waris Sulu.

“Kita turut melakukan risikan dengan mengumpul maklumat individu secara bersasar malah bekerjasama dengan agensi luar negara kerana keselamatan di Sabah dan rakyat yang melancong ke sana menjadi keutamaan kita,” katanya.

Sementara itu ketika menjawab soalan asal dikemukan Siti Aminah, beliau memaklumkan KDN sentiasa mengemas kini senarai entiti bagi menghentikan aliran kewangan kumpulan pengganas.

“Ia boleh menghalang entiti tersebut daripada terus melakukan aktiviti keganasan termasuklah penculikan dan rompakan,” katanya.

Tambah beliau inisiatif lain adalah termasuk Operasi SANGGAH yang diterajui Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESS Zone).

“Salah satu adalah Operasi GASAK Laut dan Darat bagi membanteras elemen-elemen yang mempunyai kaitan dengan anasir asing,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan