Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
示意图

Dewan Rakyat: Rangka prasejarah Gua Niah berjaya dibawa pulang dari Florida

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Rangka prasejarah Gua Niah merupakan antara artifak negara yang berada di luar negara yang telah dibawa pulang ke tanah air.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Jabatan Muzium Sarawak berjaya mendapatkan rangka itu yang disimpan di Florida, Amerika Syarikat pada 2020.

Kata beliau, dua bilang parang Orang Ulu, kain pua kumbu Iban dan aksesori manik etnik Borneo turut dibawa pulang pada 2023.

“(Selain itu) ‘sun hat’ warisan Kenyah Badeng pula diperolehi pada tahun ini.

“Jabatan Muzium Malaysia sebelum ini berjaya mendapatkan rangka paus biru dari Singapura pada 1974 dan rangka manusia Gua Cha, Kelantan dari University of Cambridge pada 2028,” katanya pada Waktu Pertanyaan- Pertanyaan Menteri Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Aaron Ago menjawab soalan Bakri  Jamaluddin (Perikatan Nasional -Tangga Batu) yang ingin tahu usaha-usaha yang dilakukan membawa pulang artifak dan manuskrip lama yang berkaitan sejarah-m sejarah Tanah Melayu yang dijarah di zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris dan disimpan di luar negara.

Sementara itu Aaron Ago memaklumkan, Arkib Negara Malaysia (ANM) juga telah melaksanakan pengesanan, penyelidikan dan pembelian manuskrip lama dan bahan sejarah berkaitan Tanah Melayu yang disimpan di institusi-institusi arkib di luar negara sejak 1965 hingga sekarang.

“Sebanyak 1,448 manuskrip telah diperolehi dan dibuka untuk rujukan penyelidik dan masyarakat awam.

“Selain manuskrip, ANM memberi tumpuan kepada sumber sejarah dalam bentuk dokumen, catatan, fail, daftar, bahan bercetak, buku, peta, pelan, lukisan, gambar, filem sinematograf, rakaman bunyi, mikrofilem dan rekod dalam bentuk digital.

“Bahan ini diperolehi daripada pelbagai institusi di United Kingdom, Belanda, Portugal, New Zealand, Australia, India, Sri Lanka, China, Jepun, Thailand, Singapura dan Indonesia,” katanya.

Pada masa sama beliau memaklumkan sejak 1970-an, Perpustakaan Negara Malaysia berjaya memperolehi 1,090 naskhah manuskrip dan telah dibuat salinan melibatkan 22 buah institusi penyimpanan bahan di Singapura, Perancis dan Belanda.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan