Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dewan Rakyat: Menteri sahkan pelaku kes buli di ALK – UPNM ditamatkan pengajian

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Pelaku kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah ditamatkan pengajiannya, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, hukuman berkenaan sudah diputuskan dan akan disahkan oleh Majlis Angkatan Tentera yang akan bersidang kelak.

Hukuman terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan cederakan junior diputuskan hari ini

“Memang sudah ada keputusan, soal kena buang, kena bayar balik (kos pengajian) denda, soal kena keluar dari asrama, itu memang keputusan yang telah dambil dan disahkan.

“Kita juga akan hebahkan (mengenai) kes yang diputuskan dan hukuman yang dikenakan,” katanya pada Waktu Pertanyaan- Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Khaled menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (Pakatan Harapan – Batu Pahat) yang ingin tahu sama ada Kementerian Pertahanan mempunyai program kaunseling untuk membantu mangsa buli yang berdepan trauma.

Sementara itu ketika menjawab soalan asal Nordin Ahmad Ismail (Perikatan Nasional – Lumut) Mohamed Khalid yang ingin tahu langkah kementerian menoktahkan kes buli di ALK, Mohamed Khaled memaklumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan beberapa langkah termasuk menambah perjawatan pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP).

Katanya jumlah 31 pegawai sebelum ini ditambah kepada 48 orang pegawai dan anggota LLP ditambah kepada 182 berbanding 124 sebelum ini.

“Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 24 orang pegawai dan 48 orang LLP telah dilantik sebagai jurulatih,” katanya.

Tambahnya pertambahan itu akan meringankan beban jurulatih untuk memantau 20 orang Pegawai Kadet dengan nisbah 1:20.

“Penambahan jumlah jurulatih ini juga membolehkan pecahan untuk kawalan pentadbiran Pegawai Kadet dibuat dalam kumpulan yang lebih kecil iaitu daripada 4 Batalion kepada 8 Kompeni.

“Satu batalion dengan jumlah maksimum 320 Pegawai Kadet kepada satu kompeni dengan hanya 150 Pegawai Kadet bagi tujuan pemantauan yang lebih rapi,” katanya lagi.

Pada April lalu pula katanya, pengasingan Pegawai Kadet Tahun 1 telah dilakukan dan diletakkan di bawah kelolaan jurulatih sepenuhnya memandangkan golongan itu biasanya menjadi sasaran.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan