Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh.

Bandar baharu dibangunkan di seberang Pekan Saratok

ByZhahrulniza

KUCHING, 14 Nov: Kerajaan Sarawak bercadang membangunkan bandar baharu di seberang Pekan Saratok selepas siapnya Jambatan Sungai Krian dan kerja menaik taraf Jalan Bajau/Kupang.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh berkata, cadangan tersebut diharapkan dapat memberikan impak sosioekonomi besar kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Komponen utama dalam Pelan Struktur Saratok sedia ada adalah seperti pembangunan semula tebingan sungai, pembangunan bercampur, perumahan, komersial, rizab kerajaan, industri, rekreasi dan kawasan lapang serta cadangan jajaran jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri mengenai cadangan menempatkan bandar baharu di seberang Pekan Saratok pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Menurut Len, Kerajaan Sarawak juga akan mengambil kira keberadaan infrastruktur sedia ada, kepadatan penduduk, jaringan jalan raya komprehensif dan kesinambungan utiliti serta infrastruktur untuk menjamin pembangunan seimbang dan mampu meningkatkan kualiti hidup penduduk. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan