Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada AZAM Sarawak diketuai Ali Suhaili di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Foto AZAM Sarawak

AZAM anjur program perkasa ekonomi dan keusahawanan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 14 Nov: Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) Sarawak mempunyai pendekatan baharu dalam melaksanakan program-program berkualiti yang memberi impak besar kepada komuniti, terutamanya di kawasan luar bandar.

Perkara ini dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Ali Suhaili kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa kunjungan hormat di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

“Pendekatan ini bertujuan untuk memperkasakan ekonomi dan keusahawanan dalam komuniti,” kata Ali menerusi kenyataan.

Menurutnya, Awang Tengah menyatakan sokongannya terhadap inisiatif ini dan menekankan kepentingan kerjasama strategik dalam mencapai matlamat pembangunan mampan.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Strategik AZAM, Hassnal Hakim berkata pertemuan ini membuka ruang untuk kerjasama lebih rapat antara AZAM dan agensi kerajaan dalam merangka program mikro-keusahawanan yang bertujuan memajukan komuniti setempat.

“Program baharu yang dirancang untuk tahun depan akan memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti luar bandar melalui latihan digital dan keusahawanan dengan fokus utama di kawasan utara Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan