Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Baleh, Nicholas Kudi Jantai.

ADUN Baleh cadang Jawatankuasa Khas tangani isu jalan balak rosak teruk

ByZhahrulniza

KUCHING, 14 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai mencadangkan agar sebuah Jawatankuasa Khas Penyelenggaraan Jalan ditubuhkan bagi menangani isu kritikal jalan perhubungan di kawasannya yang masih bergantung kepada jalan balak dan telah rosak teruk serta tidak selamat digunakan oleh orang awam.

Menurut beliau, jalan-jalan ini dahulunya diselenggara oleh syarikat konsesi balak namun dalam beberapa tahun kebelakangan kerosakan dan keadaan berlubang semakin teruk akibat penyelenggaraan yang tidak mencukupi.

“Lebih serius lagi jika musim hujan, banyak jalan-jalan tanah yang terputus akibat tanah runtuh, jambatan dan culvert banyak telah rosak dan roboh kerana kayu-kayu yang digunakan untuk membinanya telah mereput,” katanya.

Beliau berkata demikan semasa menyampaikan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 di Persidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Tambah beliau, antara laluan yang terjejas termasuk jalan ke Rumah Nading di Nanga Selentang, Rumah Sagen di Nanga Ajan, Rumah James Saka di Nanga Tiau, serta beberapa sekolah di kawasan Gaat dan Mujong.

Justeru, beliau berharap jawatankuasa yang ada kelak akan dapat menyelaraskan usaha pembaikan jalan yang rosak terutama untuk memastikan keselamatan pengguna jalan awam dan memudahkan aktiviti harian penduduk setempat.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan