Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

Warga emas rugi RM136,000 terpedaya pelaburan kosmetik

SIBU, 13 Nov: Seorang warga emas di sini kerugian RM136,000 selepas terjerat dalam sindiket penipuan perniagaan kosmetik dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, wanita dalam lingkungan 60-an dan tidak bekerja itu menemui pautan tawaran perniagaan kosmetik berjenama melalui aplikasi Ask-Oshop pada 9 Oktober lalu.

Menurutnya, mangsa tertarik dengan tawaran keuntungan besar pelaburan itu kemudian dihubungi oleh suspek melalui WhatsApp dan diyakinkan untuk menambah modal bagi membeli barangan dalam aplikasi tersebut.

“Suspek menjanjikan pulangan keuntungan tinggi, dan kerana yakin, mangsa membuat 32 transaksi pemindahan wang ke 11 akaun tempatan berjumlah RM136,000 antara 13 Oktober hingga 7 November,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, pada 10 November lalu, situasi mula meragukan apabila suspek mendakwa aplikasi tersebut telah dibekukan dan meminta bayaran tambahan RM70,000 untuk ‘meneruskan’ perniagaan itu.

“Sedar dirinya tertipu, mangsa akhirnya membuat laporan polis dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, Zulkipli mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran perniagaan di media sosial yang menjanjikan keuntungan luar biasa.

“Bagi mengelakkan penipuan, orang ramai disarankan menyemak latar belakang peniaga di portal SSM OBA (Online Business Alert) Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sentiasa berwaspada terhadap tawaran yang kelihatan terlalu baik untuk jadi kenyataan,” tambahnya.

Pihak polis sehubungan itu menasihati orang ramai yang ragu-ragu agar terus menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau membuat semakan lanjut mengenai akaun bank dan nombor telefon yang mencurigakan di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan