Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan barang di Sektor Pos GABMA Tebedu, Op Jagakawan di kawasan berhampiran belakang kantin ICQS 100 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia semalam. Foto ATM

TDM patahkan cubaan seludup barang di sempadan Malaysia-Indonesia

TEBEDU, 13 Nov: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan barang di Sektor Pos GABMA Tebedu, Op Jagakawan di kawasan berhampiran belakang kantin Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) 100 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia semalam.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen dalam kenyataan berkata, anggota TDM dan TNI-AD sedang melaksanakan rondaan jarak dekat di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) GABMA Tebedu pada jam 9 pagi.

“Semasa melaksanakan dan rondaan di kawasan tersebut, seksyen telah menjumpai barangan yang mencurigakan ditutupi bungkusan plastik hitam di kawasan tersebut.

“Pemeriksaan mendapati, terdapat 48 paket gula jenama Prai Super Premium, 16 kampit beras nasi penyek (10 kg), tujuh kampit beras jenama Bunga Tulip (10 kg) dan tiga guni bawang putih,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati tiada barang terlarang dan berbahaya dijumpai di sekitar kawasan tersebut.

“Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM1,140.93. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tebedu dan kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada pihak Kastam untuk tindakan selanjutnya,” ujar kenyataan itu.

Sehubungan itu, Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis, merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota di bawah naungannya.

TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan