Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agnes Skimol berusia 15 tahun dilaporkan hilang. Foto IPD Sri Aman

Polis Sri Aman giat kesan remaja perempuan dilaporkan hilang

SRI AMAN, 13 Nov: Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, Agnes Skimol berusia 15 tahun beralamat di Rumah Ayai Jabu, Kampung Putat Jalan Merdeka Kejatau, Sri Aman, telah keluar rumah pada Sabtu  jam 10 pagi.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah laporan orang hilang, pihak polis sedang giat meneruskan usaha untuk menjejaki orang hilang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan terkini orang hilang diminta untuk segera melaporkan ke Balai Polis Sri Aman di talian 083-322121.

“Maklumat juga boleh disalurkan terus dengan Pegawai Penyiasat Kes iaitu Sarjan Suzy Andrew Baie di talian 011-1403 7375 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan