Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Zulhilmi Idris (kiri) dan Ronnie Antau (kanan). Foto TVS

Penyokong yakin Malaysia tundukkan Laos di Bangkok

ByVanessa Enjop

MIRI, 13 Nov: Menjelang perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Laos di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, esok (14 Nov) para penyokong Harimau Malaya bersemangat menzahirkan sokongan kepada pasukan kebangsaan itu.

Mereka berharap Malaysia bakal membuahkan kemenangan dengan menampilkan barisan kombinasi pemain utama dan muka-muka baru yang dibawa oleh jurulatih Pau Marti Vicente.

Salah seorang penyokong, Muhammad Zulhilmi Idris, 23, menyuarakan sokongan penuhnya untuk Harimau Malaya.

“Untuk perlawanan esok antara Laos dan Malaysia, sudah tentu saya sokong Malaysia,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Muhammad Zulhilmi mensasarkan kemenangan 3-1 dan berharap pemain sayap Johor, Arif Aiman, akan menjaringkan gol.

Dalam pada itu, Zulhilmi turut memuji stesen TV milik Sarawak,  TVS yang menyiarkan perlawanan secara langsung sekali gus kini menjadi pilihan untuk menonton perlawanan bola sepak terutamanya di Sarawak.

“Saya selalu tonton TVS untuk siaran sukan. Dari segi kualiti, memang sangat bagus, tak ada masalah. Saya berasa teruja untuk tonton perlawanan esok.

“Saya harap pemain Malaysia akan berikan yang terbaik. Sebagai rakyat Malaysia, saya sokong sepenuhnya. Kalah atau menang, itu adalah adat permainan,” tambahnya.

Ronnie Antau, 31, yang juga penyokong setia Malaysia, yakin pasukan negara mampu menewaskan Laos di tempat lawan.

“Saya mensasarkan kemenangan 2-0 untuk skuad Malaysia dan mengharapkan Safawi Rasid dapat mencatat jaringan.

“Saya juga turut rasa bangga dengan siaran bola sepak TVS. Ini yang saya harapkan dari siaran langsung. Dan kerana TVS milik tempatan, saya bangga ia datang dari kita sendiri,” ujarnya.

Ini adalah kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak pertemuan dalam peringkat kumpulan ASEAN Championship 2022, menjadikan aksi ini sebagai peluang bagi Malaysia untuk mengukuhkan prestasi mereka di pentas antarabangsa.

Setelah pertemuan dengan Laos, fokus Harimau Malaya akan beralih kepada perlawanan seterusnya menentang India di Hyderabad pada 18 November.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan