Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang 3 meter yang bersembunyi berdekatan sebuah rumah penduduk di Kampung Lubuk Tualang di sini hari ini. Foto APM Daerah Sik

Penduduk cemas, King Cobra ‘berehat’ sebelah rumah

SIK, 13 Nov: Kehadiran seekor ular tedung selar yang bersembunyi di dalam lubang tanah bersebelahan sebuah rumah di Kampung Lubuk Tualang di sini mengejutkan penghuni berkenaan.

Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awama Malaysia (APM) Daerah Sik dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan ular berkenaan sebelum bergegas ke lokasi bersama lima anggota.

“Pasukan APM kemudiannya mendapati seekor King Cobra sedang bersembunyi di dalam lubang bersebelahan rumah.

“Kita mengambil masa sekitar 10 minit sebelum berjaya menjerut reptilia yang dianggarkan sepanjang lebih 3 meter (m) dan seberat 8 kilogram (kg) itu,” kata kenyataan terbabit hari ini.

Ujar kenyataan tersebut, reptilia terbabit kemudiannya dibawa pulang ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan