Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dihempap kontena di Jalan Kebun Sireh di sini hari ini. Foto JBPM

Pemandu treler kontena hempap kereta ditahan

BUKIT MERTAJAM, 13 Nov: Polis menahan pemandu treler kontena yang terbalik dan menghempap dua buah kereta yang mengorbankan seorang pemandu wanita di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Tengah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Helmi Aris berkata, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan bagi siasatan lanjut sejurus kejadian tersebut.

“Saringan awal urin dan alkohol telah dibuat dan pemandu treler itu didapati negatif kedua-dua ujian.

”Permohonan tahanan reman terhadapnya akan dibuat (esok) di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Helmi berkata, siasatan polis mendapati kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu membabitkan lima buah kereta serta masing-masing sebuah treler dan lori.

“Kajadian berlaku semasa kereta dan lori sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat simpang tiga Jalan Bukit Tengah.

“Secara tiba-tiba treler dari Jalan Bukit Tengah membelok ke kiri menuju ke Jalan Kebun Sireh hilang kawalan sebelum kontena yang dibawa menghempap dua buah kereta.

“Pemandu wanita maut di tempat kejadian, manakala seorang pemandu lain cedera dan menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam,” katanya lagi.

Susulan itu beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil ke balai polis atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Shahid Othman di talian 017-267 0543 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandunya dihempap sebuah kontena, manakala seorang pemandu lelaki berusia 25 tahun cedera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan