Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Majlis Perasmian Ops Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan di R&R Awan Besar, Lebuhraya Shah Alam pada 13 November 2024. Foto Amirah Shawel (TVS)

Pelaksanaan petrol Euro 5 bermula September 2025

ByAmirah Shawel

SHAH ALAM, 13 Nov: Pelaksanaan penggunaan minyak petrol Euro 5 akan bermula pada September tahun depan dan dijangka mencapai spesifikasi penuh pada 2027.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, peralihan itu adalah sebagai langkah penyelesaian jangka panjang dalam menjaga kualiti udara negara.

Pelaksanaan petrol Euro 5 bermula September 2025 | TVS

Jelasnya, pelaksanaan ini adalah selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Bahan Api Petrol dan Diesel) 2007.

“Penggunaan Euro 5 turut akan mendorong industri otomotif negara untuk meningkatkan teknologi kenderaan, termasuk bagi kenderaan komersial dan industri berat.

“Kenderaan dengan teknologi pelepasan Euro 5 akan beroperasi dengan lebih efisien dan menghasilkan pelepasan asap yang lebih bersih, sekaligus dapat memberikan kesan
positif terhadap kualiti udara di negara ini,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Ops Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan di R&R Awan Besar, Lebuhraya Shah Alam, hari ini.

Menurutnya, Malaysia merupakan negara kedua di Asia Tenggara yang memiliki standard tertinggi kualiti bahan api, selepas Singapura.

Peralihan kualiti bahan api ini dilaksanakan secara berkala kerana melibatkan pelaburan daripada syarikat minyak yang terlibat dalam pemprosesan dan penapisan bahan api.

“Kerajaan akui negara maju lebih kedepan (standard bahan api), jadi kita akan tengok perkembangan di sana dan mengambil pertimbangan untuk dilaksanakan di Malaysia mengambil kira keadaan dan kemampuan kita,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan