Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad. Foto UKAS

DUN Sarawak: Safiee cadang pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Daro

ByMuqri Aziz

KUCHING, 13 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad mencadangkan supaya satu Terminal Bas Bersepadu berserta tempat letak kereta bertingkat dibina di kawasan Daro berikutan peningkatan penggunaan pengangkutan darat di kawasan itu.

Menurutnya, penduduk di kawasan berkenaan kini tidak lagi menggunakan pengangkutan air sebagai pengangkutan utama dan trend berkenaan dijangka akan terus menurun apabila semua projek jambatan jalan pesisir akan siap kelak.

“Terminal pengangkutan awam ini penting supaya pengurusan sistem pengangkutan awam akan lebih teratur, selesa dan selamat khususnya kepada para penumpang dan pengusaha kenderaan awam,” katanya pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Bukan itu sahaja, beliau berkata, Jambatan Muara Lassa yang dijangka siap sepenuhnya pada 19 Januari depan sudah semestinya akan memudahkan perhubungan khususnya kenderaan dari luar Daro untuk datang ke Daro.

Namun menurutnya, keadaan tersebut akan menambah kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi ketika waktu puncak.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik kelulusan daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang bersetuju membina jalan baharu ‘Jalan Dual-Carriageway’ pada 2 September lepas bagi menangani permasalahan berkenaan.

Selain itu, Safiee juga mahu Kerajaan Sarawak untuk mempertimbangkan menambah perkhidmatan feri atau meningkatkan kapasiti perkhidmatan feri di Batang Paloh berikutan projek pembinaan Jambatan Batang Paloh itu kelak dijangka siap menjelang penghujung tahun 2025.

“Ini bermakna perkhidmatan Feri Batang Paloh masih diperlukan. Apa yang merisaukan adalah berlakunya kesesakan di Pangkalan Feri Batang Paloh yang menjadi ‘Bottle Neck’ dan perkara ini telah menimbulkan kebimbangan dikalangan rakyat yang sering memerlukan perkhidmatan tersebut,” katanya yang dilihat solusi itu dapat menangani masalah berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan