Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini. Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: Senarai hitam bersifat sementara, peminjam perlu tampil elak anak gagal masuk MRSM

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Tindakan senarai hitam oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) terhadap individu yang gagal membuat bayaran semula sehingga menjejaskan peluang anak mereka belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bersifat sementara.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata tindakan itu dilaksanakan supaya peminjam tampil berbincang dengan MARA untuk membuat penyelarasan semula bayaran.

Kata beliau MARA menawarkan pelbagai bentuk pinjaman bagi memastikan perniagaan dapat dinaik taraf.

Dewan Rakyat: Kerajaan tidak berhasrat ‘gantung’ penguatkuasaan akta siasat kes jenayah siber

“Namun sistem senarai hitam berkuatkuasa apabila (peminjam) tidak bayar, pokoknya datang jumpa dan dalam kebanyakan kes, peminjam akan bayar semula dan senarai hitam itu secara automatik akan hilang,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Rubiah menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (Barisan Nasional – Paya Besar) yang ingin tahu sekiranya kementerian berhasrat untuk menghapuskan senarai hitam terhadap peminjam dan penjamin MARA yang gagal membuat bayaran semula supaya anak – anak mereka mendapat akses untuk belajar di MRSM.

Menjawab soalan asal Salamiah Mohd Nor (Perikatan Nasional – Temerloh) yang ingin tahu bilangan dan senarai MRSM Elit yang dikhaskan untuk golongan tertentu sahaja dan syarat kemasukan, Rubiah memaklumkan setakat ini belum wujud MRSM kategori itu.

Namun kata beliau MARA telah memperkenalkan beberapa program untuk memantapkan kualiti pendidikan dengan memperkenalkan MRSM Premier, MRSM Ulul Albab, MRSM Teknikal dan MRSM International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE) dan Program Pendidikan Khas (PKP).

“Kursus asasnya mengikut sistem pendidikan Malaysia namun nilai tambahnya adalah berdasarkan program yang diperkenalkan untuk memastikan sistem pendidikan di MRSM dalam keadaan terbaik dan menjurus kepada bidang tertentu,” katanya.

Mengenai syarat kemasukan, Rubiah berkata antaranya pelajar sekurang – kurangnya memperoleh 4A3B dalam Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan