KUALA LUMPUR, 13 Nov: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meluluskan permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) kepada seramai 815 peserta setakat ini.
Timbalan Menterinya Datuk Arthur Jospeh Kurup berkata, kelulusan berkenaan terbahagi kepada empat kategori meliputi sektor tanaman seramai 324 peserta, industri asas tani (281), ternakan (127) dan perikanan yang melibatkan seramai 83 penerima.
Dewan Rakyat: Kerajaan tidak berhasrat ‘gantung’ penguatkuasaan akta siasat kes jenayah siber
Jelas beliau, bermula Ogos lepas, kerajaan juga telah menaikkan had maksimum GAM Start-Up kepada RM30,000 berbanding RM20,000 sebelum ini.
“Kategori baharu GAM Scale-Up turut diperkenalkan dengan had nilai maksimum sebanyak RM50,000,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini,
Arthur Joseph menjawab soalan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Perikatan Nasional – Tanjong Karang) yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang untuk menambah dan membuka lebih banyak permohonan GAM pada masa akan datang dan adakah ia tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan semakan semula had maksimum nilai geran dibuat kerana mengambil kira peningkatan kos pelaksanaan dan operasi projek.
“Selain had nilai maksimum geran yang dinaikkan, kementerian juga telah menaikkan had umur iaitu dari 18 tahun kepada 43 tahun bagi GAM Start-Up dan 21 tahun kepada 45 tahun bagi GAM Scale-Up.
“Permohonan geran ini dibuka sepanjang tahun untuk kumpulan sasar di seluruh negara merangkumi kawasan bandar dan luar bandar,” katanya. -TVS.