Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hanifah Hajar Taib pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini.Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: 600 tapak pembangunan digital dibangunkan di Sarawak, Sabah

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Sebanyak 600 tapak pembangunan digital sedang dibangunkan di Sarawak, kata Datuk Hanifah Hajar Taib.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Ekonomi berkata daripada jumlah itu sebanyak 382 menjadi indikator utama di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) untuk memperkukuh infrastruktur digital di Sabah dan Sarawak.

Jelasnya pembangunan itu bertujuan untuk mengoptimumkan ekonomi luar bandar yang merupakan salah satu indikator penting dalam RMK12 untuk Sabah dan Sarawak.

Dewan Rakyat: 815 peserta terima Geran Agropreneur Muda

“Pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan semestinya memberikan manfaat kepada kawasan kurang membangun, melalui peningkatan infrastruktur asas, peningkat melalui ketersembangungan mobiliti dan digital dan mengoptimalkan guna tanah ekonomi luar bandar,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Dato Sri Doris Sophia Brodi (Gabungan Parti Sarawak – Sri Aman) yang ingin tahu pelan pembangunan infrastruktur ekonomi utama seperti lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang serta bagaimana projek – projek berkenaan akan menyokong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global dalam jangka masa pendek dan panjang.

Dewan Rakyat: 815 peserta terima Geran Agropreneur Muda

Mengulas lanjut, Hanifah Hajar memaklumkan sasaran lain termasuk liputan akses air bersih dan selamat sebanyak 98 peratus, akses elektrik sebanyak 99 peratus dan pembinaan jalan luar bandar sejauh 700 kilometer.

“Bagi pembangunan infrastruktur digital, sekolah luar bandar di Sarawak akan dilengkapi dengan 741 Point of Presence (PoP), manakala di Sabah sebanyak 695 PoP akan dipasang.

“Infrastruktur ini dijangka dapat memperkukuh akses digital dan meningkatkan ketersambungan di kawasan luar bandar kedua-dua wilayah itu,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan