Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Royal Brunei Airlines (RB) akan menyambung semula penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing (PXX) bermula 28 April 2025. Foto Royal Brunei Airlines (FB)

Brunei anjur mesyuarat syarikat penerbangan Asia Pasifik

ByBernama

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov: Perhimpunan Presiden Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA) ke-68 bermula di Brunei pada Rabu, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Mesyuarat dua hari itu, yang dihoskan oleh Royal Brunei Airlines, bertemakan “Jetting into 2050 – Future-proofing Asian Aviation” dan menghimpunkan pemimpin syarikat penerbangan terkemuka di rantau Asia-Pasifik, menurut harian tempatan Borneo Bulletin.

“Laluan industri ke arah pemulihan penuh masih menghadapi halangan. Kita mesti bekerjasama di bawah payung AAPA untuk mengatasi halangan ini dan beroperasi dengan selamat dan mampan,” kata Kapten Sabirin, Ketua Pegawai Eksekutif Royal Brunei Airlines.

Antara topik utama yang dibincangkan semasa perhimpunan itu termasuk kelestarian penerbangan, usaha pengurangan karbon untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, transformasi digital dan peningkatan pengalaman penumpang melalui perkhidmatan yang lebih lancar dan digital, menurut Borneo Bulletin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan