Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ismawi Ismuni bersama Ali Suhaili pada sesi kunjungan hormat di ibu pejabat RECODA, Kuching, hari ini.

AZAM Sarawak, RECODA jalin kerjasama perkasa komuniti melalui pendigitalan

ByMarzella Sigai

KUCHING, 13 Nov: Dengan menggabungkan kepakaran dan sumber, Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) komited dalam meningkatkan penglibatan komuniti di Sarawak melalui pendigitalan.

Pengurus Komunikasi Strategik AZAM, Hassnal Hakim berkata jalinan kerjasama tersebut bukan sahaja membuka ruang baharu untuk memperkasakan komuniti di Sarawak tetapi juga mengukuhkan kesediaan masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan landskap teknologi semasa.

“Pertemuan dua hala ini telah mengilhamkan idea-idea yang berkesan untuk kerjasama yang akan memacu inisiatif berimpak tinggi untuk masyarakat.

“Melalui penggunaan platform digital yang sesuai, kami dapat memastikan program ini kekal relevan dan berkesan untuk masyarakat hari ini,” katanya ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada AZAM Sarawak di ibu pejabat RECODA di sini, hari ini.

Kunjungan hormat itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili dan disambut Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Ismawi Ismuni.

Jelas Hassnal lagi, lawatan tersebut juga bertujuan untuk memajukan program yang berkualiti tinggi dan memupuk transformasi digital untuk membina K-Society di Sarawak.

“Kerjasama antara AZAM Sarawak dan RECODA mewujudkan peluang besar untuk AZAM mengembangkan program berimpak tinggi, memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat, terutamanya dalam bidang pembangunan dan integrasi digital,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan