Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 15 orang maut dan 14 lagi cedera dalam pertempuran antara banduan di sebuah penjara di Ecuador, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa penjara negara itu, SNAI pada Selasa. Foto AFP

15 maut selepas keganasan tercetus di penjara Ecuador

ByBernama

BUENOS AIRES, 13 Nov: Seramai 15 orang maut dan 14 lagi cedera dalam pertempuran antara banduan di sebuah penjara di Ecuador, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa penjara negara itu, SNAI pada Selasa.

Menurut SNAI, situasi di penjara di bandar pelabuhan Guayaquil di pantai Pasifik itu telah kembali berada di bawah “kawalan sepenuhnya”.

SNAI berkata “kontinjen besar” anggota polis dan tentera telah dikerahkan untuk “menjamin keselamatan dan mencegah insiden selanjutnya.”

Pihak berkuasa itu menambah bahawa ia akan menyiasat kejadian berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan