Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dzulbaharin menunjukkan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas daripada suspek. Foto PDRM

Warga asing ditahan, 3kg syabu dirampas

LAHAD DATU, 12 Nov: Seorang lelaki warga asing ditahan bersama tiga kilogram dadah dalam serbuan di tepi jalan di I-Peak Business Centre, Jalan Lahad Datu-Tungku, Jumaat lalu.

Dalam operasi jam 12.45 tengah hari itu, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, sebaik ditahan, polis merampas sebuah beg yang dibawa suspek untuk pemeriksaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati beg berkenaan mengandungi tiga paket besar dan lima paket kecil berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Semua dadah berkenaan dianggarkan seberat 3.055 gram yang bernilai RM131,050 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Suspek terus ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media, semalam.

Dzulbaharin berkata, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebat tidak kurang 12 sebatan

Katanya, suspek juga dipercayai sedang dalam proses urusniaga dan pihak polis akan menyiasat individu yang sepatutnya menjadi penerima kepada semua dadah berkenaan.

Sementara itu, Dzulbaharin berkata, sepanjang Januari hingga November tahun ini, pihaknya merekodkan sebanyak 1,290 kes melibatkan 1,385 tangkapan.

Katanya, manakala rampasan melibatkan 5.16 kilogram yang dianggarkan bernilai keseluruhan sebanyak RM178,464.

“Sehubungan itu, pihak polis akan terus mempergiatkan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan daerah Lahad Datu bebas dari sebarang ancaman jenayah dan dadah.

“Orang ramai juga disarankan supaya membantu menyalurkan maklumat berhubung pengedaran dan penyalahgunaan dadah untuk tindakan segera,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan