KANOWIT, 12 Nov: Seorang wanita ditemui selamat tanpa sebarang kecederaan selepas sesat ketika mencari sayur di kawasan hutan Rumah Panjang Tony, Jalan Bukong di sini, malam tadi.
Komander Operasi, Norman Matu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.18 malam dengan menggerakkan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit ke lokasi kejadian.
“Difahamkan mangsa Pauline Pangin, 34, yang menghidap penyakit amnesia keluar mencari sayur di hutan kawasan rumah panjang itu pada siang dan tidak balik ke rumah hingga lewat petang.
“Mangsa dijumpai penduduk pada jam 9.56 malam dalam kawasan hutan anggaran jarak empat kilometer daripada rumah panjang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pada jam 10.12 malam manga tiba di Rumah Panjang Tony, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pihak bomba tidak menjalankan sebarang operasi mencari dan menyelamat (SAR) memandangkan mangsa telah dijumpai sebelum anggota bomba tiba di lokasi,” ujarnya.-TVS