Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba melakukan operasi 'overhaul' dan memastikan kebakaran padam sepenuhnya di Blok C, Flat Sibu Jaya, pagi Selasa. Foto BBP Sibujaya

Tindakan pantas BBP Sibu Jaya selamatkan Flat Sibu dalam kebakaran

SIBU, 12 Nov: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan sebuah flat di Sibu Jaya di sini daripada musnah dalam kebakaran hari ini.

Kejadian yang mencemaskan itu hanya mengambil masa 14 minit untuk dikawal, tanpa sebarang laporan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie dengan ini memuji kecekapan pasukan operasi yang menerima panggilan kecemasan pada jam 11.57 pagi dan tiba di lokasi hanya dua minit kemudian.

“Pasukan kami yang diketuai oleh PBKII KUP Alexander Sebu bertindak pantas mengawal api menggunakan satu aliran salur bantu mula pam jentera. Dalam tempoh singkat, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.11 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya kebakaran yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik tidur berkeluasan 24×12 kaki persegi memusnahkan sekitar 20 peratus ruang tersebut.

Pasukan bomba yang terdiri daripada enam anggota menggunakan sebuah jentera LFRT terus menjalankan operasi ‘overhaul’ bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan sebarang risiko nyalaan semula sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.50 tengah hari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan