Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dayang Noorazah Awang Sohor berkata RUU Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 adalah bukti kukuh Kerajaan Sarawak menangani serta bersiap siaga bagi menghadapi cabaran alam sekitar. Foto UKAS

Sarawak siap siaga hadapi cabaran alam sekitar, rancakkan ekonomi

ByMuqri Aziz

KUCHING, 12 Nov: Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 merupakan bukti kukuh Kerajaan Sarawak dalam menangani serta bersiap siaga bagi menghadapi sebarang cabaran alam sekitar dan secara tidak langsung merancakkan ekonomi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata apabila ia dilulus kelak, maka Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) akan diamanahkan dengan fungsi baharu, khususnya mengenai perkara yang berkaitan dengan penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), kawalan Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) dan inisiatif hijau lain.

“Semestinya, tanggungjawab ini bukanlah satu yang mudah untuk dilaksanakan namun Kerajaan Sarawak telah meramalkan isu-isu kritikal itu demi pembangunan mampan.

“Dengan kuasa autonomi diberikan Kerajaan Persekutuan kepada NREB menjelang tahun 2025, ia juga adalah satu mandat yang tinggi dan bermakna kepada Kerajaan Sarawak yakni pengambilalihan itu adalah selaras dengan autonomi Sarawak terhadap alam sekitar di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya pada sesi perbahasan RUU Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Tambah Dayang Noorazah, Kerajaan Sarawak turut komited mengawal selia sumber asli dan alam sekitar melalui pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dengan mengambil langkah untuk pengawalan kuasa autonomi dalam pengurusan sumber asli dan alam sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar Sarawak (DOE) akan diserap di bawah NREB pada tahun depan, selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan GHG menjelang 2050.

Ujarnya, NREB dengan berbekalkan pengalaman selama 30 tahun berjaya melaksanakan tugasnya berdasarkan mandat yang diberikan oleh Sarawak di bawah Seksyen 5 Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Antara fungsi tambahan yang dijangka akan dilaksanakan oleh NREB hasil daripada inisiatif baharu tersebut ialah kawalan pengangkutan, pengesahan dan pemeriksaan gas berjadual yang akan dibawa ke luar negara untuk penyimpanan di Sarawak.

“Mengawal selia, mengawal dan inventori pelepasan gas rumah hijau, penilaian levi karbon dan pelaksanaan strategi, pelan tindakan dan insentif ke arah pengurangan atau pengurangan gas rumah hijau,” katanya dengan memetik laporan media daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Len Talif Salleh mengenai fungsi-fungsi tambahan itu.

Sehubungan itu, beliau menyokong RUU berkenaan yang membuktikan Kerajaan Sarawak sangat komited untuk memanfaatkan ekonomi hijau ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan pelan pelaksanaan bagi PCDS 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan