Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Makan Malam Apresiasi Para SUKMA edisi ke-21 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam Selasa. Foto: TVS

Para Sukma 2026: Sarawak rancang tubuh Unit Pembangunan Sukan OKU

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 12 Nov: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) merancang untuk menubuhkan Unit Pembangunan Sukan OKU sebagai usaha memperkukuh persiapan menjelang Para Sukma 2026.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata unit ini akan memberi tumpuan kepada tiga aspek utama, iaitu Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat secara Agresif dan Kolaboratif, Pembangunan Profesional, serta Kursus Kemaskini Latihan Sains Sukan bagi jurulatih.

“Kejayaan penganjuran Para SUKMA XXI Sarawak 2024 adalah pengalaman berharga dan membuka ruang untuk kita mempelajari perkara baharu, khususnya dalam pengurusan sukan bertaraf tinggi.

“Pengalaman ini perlu digarap sebagai peluang untuk kita belajar, menyusun strategi, mengasah idea dan pasukan, serta memperbaiki mutu sebagai hos acara berskala besar,” katanya dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Apresiasi Para SUKMA edisi ke-21 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

Fatimah turut menegaskan bahawa langkah ini penting untuk memastikan Sarawak bukan sahaja bersedia menghadapi Para Sukma 2026, malah mampu melahirkan atlet para yang bersaing di peringkat tertinggi.

“Kami akan terus menjalankan program pendedahan untuk atlet dan jurulatih ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi meningkatkan pengalaman serta prestasi mereka.

“Ia bertujuan mengekalkan momentum kejuaraan Sarawak sebagai tuan rumah pada edisi kali ini,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, kontinjen Sarawak berjaya meraih gelaran juara keseluruhan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 dengan 82 pingat emas, 53 perak, dan 74 gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan 209 pingat.

Selangor dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA ke-22 yang akan diadakan pada tahun 2026. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan