Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad semasa sesi Randau Pendidikan Bersama Ibu Bapa dan Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Asajaya Dengan Kerjasama PEMADAM Sarawak di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib. Foto TVS

Masyarakat tingkat kesedaran kepentingan pendidikan, tangani keciciran pelajar

ASAJAYA, 12 Nov: Isu keciciran dalama kalangan pelajar perlu ditangani secara holistik agar ia tidak memberikan kesan buruk kepada pelajar terlibat dan masyarakat sekeliling mereka.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Datu Dr Azhar Ahmad berkata ia menjadi masalah utama dalam pendidikkan yang antara lain disebabkan kurangnya minat untuk pelajar ini menghadirkan diri ke sekolah akibat kurangnya kesedaran mengenai kepentingan pendidikan tersebut.

Justeru katanya, semua pihak terutamanya ibu bapa dan ketua masyarakat perlu mempunyai kesedaran tinggi mengenai kepentingan pendidikan dalam membentuk masa hadapan generasi muda.

“Kita sebagai orang yang lebih tua kena bersama-sama memupuk kepekaan terhadap pendidikan daripada awal lagi dengan menerapkan kepentingan pendidkan dan keseronokan hadir ke sekolah itu.

“Kita sebagai warga pendidikan ini melaksanakan pelbagai program untuk menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah, malah Sarawak mempunyai jumlah asrama terbanyak bagi memastikan pelajar yang jauh itu dapat hadir ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Randau Pendidikan Bersama Ibu Bapa dan Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Asajaya Dengan Kerjasama PEMADAM Sarawak di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib di sini pada Selasa.

Azhar berkata, dengan pembangunan dan dasar ekonomi yang dipelopori Sarawak ketika ini, ia pasti akan membuka pelbagai peluang perkerjaan berimpak tinggi pada masa hadapan untuk direbut oleh generasi muda tempatan.

Namun sekiranya masalah keciciran murid tidak diatasi sebaiknya, keadaan itu secara tidak lansung akan menjejaskan peluang generasi terbabit merebut peluang-peluang tersebut.

Ia kerana, tanpa pendidikan yang sepatutnya, ia akan menyukarkan seseorang individu itu untuk bersaing dalam pasaran kerjaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan