Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang sesat di dalam hutan ketika mencari siput berhampiran Kampung Jaie, Sadong Jaya, ditemui selamat malam tadi. Foto JBPM

Lelaki sesat di hutan ketika cari siput ditemui selamat

SADONG JAYA, 12 Nov: Seorang lelaki yang sesat di dalam hutan ketika mencari siput berhampiran Kampung Jaie di sini, ditemui selamat malam tadi.

Komander Operasi, Zaidel Zailani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.32 malam dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya ke lokasi kejadian.

“Seorang lelaki dewasa berusia 40 tahun dilaporkan sesat dalam hutan paya kampung berkenaan
selepas keluar melakukan aktiviti mencari siput,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa dijumpai oleh pihak polis dan orang kampung dalam keadaan selamat pada jam 7.55 malam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan