Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para pelajar dan pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 dengan kerjasama Persatuan Voting Education Society mengadakan lawatan akademik ke Dewan Undangan Negeri Sarawak. Foto UiTM Cawangan Sarawak

Lawatan ke DUN tingkat pemahaman politik pelajar UiTM

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 12 Nov: Para pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan 2 dengan kerjasama Persatuan Voting Education Society (VES) mengadakan lawatan akademik ke Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Fakulti berkenaan menerusi kenyataan memaklumkan lawatan itu bertujuan mendedahkan para pelajar dengan perjalanan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi pelajar semester empat Diploma Pentadbiran Awam yang mengambil subjek Malaysian Politics.

“Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mendalami sistem demokrasi dan proses perundangan negara melalui pengalaman langsung.

“Kami berharap dengan menyaksikan sendiri perbahasan serta proses pembuatan keputusan oleh wakil rakyat di DUN, pelajar dapat memahami lebih mendalam peranan dan fungsi institusi ini dalam sistem pentadbiran negeri,” kata kenyataan itu.

Lawatan ini juga bertujuan memperkasakan pengetahuan politik dan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap isu-isu semasa yang dibahaskan di DUN.

Antara objektif lain merangkumi memupuk minat para pelajar untuk mendalami perihal politik sekali gus dapat meningkatan semangat patriotisme dalam kalangan para pelajar.

Seramai 72 orang pelajar Diploma Pentadbiran Awam bersama tiga orang Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Ivy Jugah, Chai Shin Yi dan Nur Afisha Yusuf. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan