Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Rusia Vladimir Putin. Foto AFP

Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia

ByBernama

SEOUL, 12 Nov: Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan “perkongsian strategik yang komprehensif”, dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.

Dalam satu kenyataan, KCNA melaporkan bahawa Korea Utara menandatangani perjanjian itu pada Isnin, yang dimeterai pada 19 Jun di Pyongyang.

Perjanjian itu akan berkuat kuasa setelah kedua-dua pihak bertukar dokumen ratifikasi, menurut agensi itu.

Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani perjanjian itu pada Sabtu, lapor agensi berita Yonhap, yang memetik laporan agensi berita TASS Rusia.

Dewan Rendah Parlimen Rusia atau Duma meluluskan perjanjian itu pada 24 Okt.

Perjanjian berkenaan meningkatkan tahap kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara dan menetapkan bahawa mereka akan memberikan bantuan sekiranya mana-mana negara diserang.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Putin dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Pyongyang pada Jun, tetapi kemudian perlu diluluskan oleh Duma dan ditandatangani oleh para pemimpin negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan