PAPAR, 12 Nov: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dimaklumkanĀ dimaklumkan jumlah ubat-ubatan musnah akibat kebakaran pada Isnin melibatkan stor farmasi di Hospital Papar mencecah RM1.3 juta.
Beliau meyakini kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu hospital tersebut termasuk pembinaan bangunannya yang musnah akibat tragedi terbabit.
āSaya telah dimaklumkan bahawa kos ubat-ubatan yang rosak adalah sekitar RM1.3 juta, namun kos kerosakan bangunan masih belum ditentukan.
“Pihak kerajaan negeri akan berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan persekutuan bagi membina semula bangunan stor farmasi yang terjejas,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Papar di sini pada Selasa.
Terdahulu seramai 51 pesakit yang berada di wad-wad berdekatan terpaksa dipindahkan ke wad yang lebih selamat berikutan kejadian pada 7.02 mlam tadi.
Sementara ituĀ Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Bahagian Perubatan), Datuk Dr Abd Kahar Abd Asis berkata proses evakuasi berjalan lancar tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
MenurutnyaĀ latihan kebakaran yang dijalankan beberapa bulan lalu antara pihak hospital dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah membantu kakitangan hospital untuk mengendalikan evakuasi secara teratur.
āKejadian kebakaran semalam melibatkan stor farmasi dan dapur hospital, namun tindakan pantas pihak bomba berjaya mengawal kebakaran sekitar jam 9.20 malam. Kami berterima kasih kepada semua kakitangan hospital yang cekap melakukan evakuasi pesakit ke kawasan yang lebih selamat,ā katanya.
Dr Abd Kahar menambah bahawa daripada 51 pesakit, tiga ibu mengandung telah dipindahkan ke Hospital Likas, manakala seorang pesakit kritikal yang memerlukan bantuan kecemasan dipindahkan ke Hospital Beaufort.
Beliau juga memuji kecekapan kakitangan hospital yang berjaya mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dengan baik semasa kejadian berlaku. āLatihan kebakaran yang dilakukan bersama bomba telah terbukti sangat berkesan. Alhamdulillah, semua pesakit dan kakitangan berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,ā jelasnya.
Kebakaran ini menjadi peringatan penting tentang kepentingan latihan persediaan kecemasan di hospital, yang berjaya memastikan keselamatan pesakit dan kakitangan hospital dalam situasi genting. -TVS