Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Datuk Ibrahim Darus menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Bau daripada DSP Jawai Francis Kempas kepada DSP Dr. Daram Ruer yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bau. Foto Polis Sarawak

Jawai serah tugas KPD Bau kepada Daram

BAU, 12 Nov: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Datuk Ibrahim Darus menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Bau daripada DSP Jawai Francis Kempas kepada DSP Dr. Daram Ruer yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bau semalam.

Turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP IPD Bau juga daripada DSP Jawai Francis Kempas kepada Waly Ngarie dengan disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Datin Zanilatun Kamariah Zakaria.

Ibrahim berkata, Jawai telah menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Bau.

“Beliau juga menerima pujian yang baik daripada penduduk tempatan dan pemimpin masyarakat sepanjang perkhidmatannya,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim percaya Daram mampu menyandang jawatan Ketua Polis Daerah yang diamanahkan dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pasukan.

“Daram juga memiliki disiplin peribadi yang cemerlang, pemikiran positif dan personaliti yang tenang,” katanya.

Beliau berkata, Daram pernah berkhidmat di banyak daerah polis di seluruh Malaysia sepanjang kerjayanya, malah memperoleh Ijazah Kedoktoran hasil usahanya mahu menimba ilmu,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan