Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

JAN bentang dua laporan penyata kewangan kepada TYT Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 12 Nov: Jabatan Audit Negara (JAN) membentangkan dua laporan penyata kewangan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, dua laporan itu merupakan penyata kewangan Kerajaan Negeri dan penyata kewangan Majlis Agama Islam Sarawak.

“Untuk penyata kewangan Kerajaan Negeri ia akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.

(Dan) Alhamdulillah saya telah dapat membuat pembentangan ringkas kepada Tuan Yang Terutama (TYT) disamping memberi penjelasan tentang beberapa pendekatan baharu yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara (JAN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita usai mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Suraya berkata, Tun Dr Wan Junaidi mempunyai pengalaman luas dan idea-idea baharu yang amat beliau hargai.

“Kita sebenarnya membincangkan banyak perkara dan seperti yang kita sedia maklum Tun Dr Wan Junaidi mempunyai banyak pengalaman luas, visi dan idea baharu yang amat kami (JAN) hargai.

Antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan tadi termasuklah Pindaan Akta Audit 1957 (Akta 62) yang diluluskan di Dewan Negara Julai lepas, serta idea beliau berhubung pelaksanaan pendekatan baharu JAN dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” jelasnya lagi. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan