Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jacky (gambar) diminta tampil membantu siasatan berhubung satu kes kemalangan jalan raya di Kapit. Foto IPD Kapit

Jacky diminta tampil bantu siasatan kes kemalangan di Kapit

KAPIT, 12 Nov: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit memohon seorang lelaki yang dikenali sebagai Jacky ak Maling tampil bagi membantu siasatan berhubung satu kes kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Airport di sini, pada 21 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu berkata, individu berkenaan beralamat di Rumah Jiddy Rantau Panjang, Sibu, diperlukan untuk memberi maklumat berkaitan kejadian yang berlaku pada jam 10.30 malam tersebut.

“Individu ini penting dalam membantu pihak kami melengkapkan siasatan terhadap kes ini. Kami berharap dia dapat tampil ke IPD Kapit dengan segera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Jacky juga diminta untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik BSPT Kapit, Sarjan Christopher Cheri Kanyan di talian 019-4991437.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan