Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin bercakap dalam sidang media di MINDEF di sini hari ini. Foto, Amirah Syawel (TVS).

Hukuman terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan cederakan junior diputuskan hari ini

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Keputusan berhubung status latihan seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dituduh mencederakan juniornya di mahkamah baru – baru ini akan diputuskan hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, perkara itu akan dimuktamadkan oleh Lembaga Siasatan yang ditubuhkan.

Beliau memberi bayangan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai kadet berkenaan yang melakukan pelanggaran disiplin dan tindakan keganasan.

“Kita tidak akan kompromi (dan akan) ambil tindakan tegas termasuklah memberhentikan (mereka) yang terlibat daripada menjadi seorang kadet.

“Kita juga akan menuntut supaya dibayar balik tanggungan yang telah diberikan sepanjang tempoh melalui latihan sebagai seorang kadet,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan 2024, di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Pada 8 November lepas,  Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22 didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas pada jam 11.45 malam di ALK UPNM di Kem Sungai Besi.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan denda atau sebatan, atau mana-mana daripada dua hukuman terbabit.

Tambah Mohamed Khaled, siasatan dalaman oleh kementerian mengenai insiden itu juga telah selesai. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan